Monday, October 31, 2011

Untung Atas Angin

Assalamualaikum..

video ini, menerangkan tentang Hukum mengenai untung atas angin yang disampaikan oleh Dr Zaharuddin Abdul Rahman,kata beliau :Kehidupan kita adalah pendek sahaja, setiap sen yang kita perolehi akan dipersoalkan oleh Allah swt. Mari kita sama-sama berusaha menyedarkan dan mengejutkan hati dan membuka mata hati kita agar sentiasa peka dlm pendapatan kita. Moga bermanfaat video "Bentuk untung atas angin yg ditegah"



Antara perkara2 yang untung atas angin ialah:
1. Claim labih daripada jumlah yang sebenar
2. Beli barang, then claim lebig tinggi pada harga yang dibeli
3. Quotation palsu untuk memenangkan satu pihak
4. Forex Trading
5. Ambil untung sendiri


Firman Allah: al-Baqarah(2:188)
وَلَا تَأۡكُلُوٓاْ أَمۡوَٲلَكُم بَيۡنَكُم بِٱلۡبَـٰطِلِ وَتُدۡلُواْ بِهَآ إِلَى ٱلۡحُڪَّامِ لِتَأۡڪُلُواْ فَرِيقً۬ا مِّنۡ أَمۡوَٲلِ ٱلنَّاسِ بِٱلۡإِثۡمِ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ 
Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)



Al Maulid-Cahaya Seluruh Alam

سَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

pendengarlah dengan selawat2 ke atas junjungan besar kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Semoga dengan selawat keatas baginda, kita tergolong dalam golongan2 orang yang mulia di sisi Allah swt..insyaAllah..

Sunday, October 30, 2011

~ MARHABAN BI WASIYYATI RASULILLAH ~

Assalamulaikum..


Blog kali ana akan mengkongsikan ilmu2 agama ataupun video2 yang datang kan manfaat kepada kita semua insyaAllah..moga Allah memberkhati segala apa yang dilakukan oleh hambaNya. Selain itu, blog ini terbuka untuk semua umat Muhammad( صلى الله عليه وآله وسل),tidak mengira batasan umur, jama'ah persatuan ataupon politik. Semoga kita mendapat REDHA Allah serta SYAFA'At RASULULLAH.~insyaAllah....

“Apabila kalian berjalan melintasi taman-taman Syurga, perbanyaklah berzikir. Para Sahabat bertanya, Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan taman-taman Syurga itu? 
Baginda صلى الله عليه وآله وسلم menjawab, iaitu halaqah-halaqah zikir (majlis ilmu).”
{ Hadits hasan: Diriwayatkan oleh imam at-Tirmidzi (no. 3510) }

Jom bersama kita jejaki taman-taman syurga, insha-Allah~ ツ